Sunday 10 June 2012

PEMISAH ANTARA DUA HATI..

sabda Rasulullah s.a.w:

"orang yang paling gagah di antara kamu ialah orang yang dapat mengekalkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula ialah orang yang memberi maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas."

Antara sifat keji yang boleh membawa kepada kemudaratan dan kecelakaan dalam hidup ialah sifat marah. Apabila sifat marah wujud di dalam hati maka ia membuahkan sifat sombong, takabur, dendam dan sebagainya. Jika sifat marah itu tidak dikawal oleh syariat maka ia akan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. Oleh itu, sifat marah ini boleh menjarakkan dua hati yang menjadi semakin jauh disebabkan oleh rasa marah dalam diri.

suatu hari seorang guru bertanya kepada muridnya, " Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara yang kuat atau berteriak?"

Seorang murid mengangkat tangan dan menjawab," Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak."

"Tapi..." guru itu bertanya kembali

"Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa tak berbicara secara lembut?"

Hampi semua murid memberikan pelbagai jawapan yang dirasakan logik oleh merekan. Namun, tiada satu pun jawapan yang diberikan memuaskan.

Maka guru itu pun berkata, " Ketika dua orang berada dalam keadaan marah, jarak antara kedua hati mereka menjadi  amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian mereka harus berteriak."

"Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, mereka menjadi semakin marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan dengan makin lantang bersuara."

Guru itu bertanya lagi, " Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Muridnya menjawab, " mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimanapun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas setiap butir bicaranya".

"Mengapa demikian?" Guru itu bertanya kembali sambil memerhatikan muridnya.

Mereka berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan.

Guru itu berkata, " Kerana hati mereka begitu dekat, tiada jarak yang memisahkan hati mereka. sepatah kata pun tidak perlu diucapkan. Ini kerana, sebuah pandangan mata sahaja sudah cukup membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan."




p/s: Disaat kita sedang dilanda kemarahan, janganlah kita menciptakan jarak antara dua hati. Mungkin di saat ini, diam merupakan cara yang terbaik kerana waktu akan membantu kita


2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.