Wednesday 30 October 2013

Ikatan yang terjalin

Assalamualaiikum..w.b.t

Jangan hanya pentingkan diri sendiri hingga menyebabkan ikatan yang terjalin terlerai hanya dalam sekelip mata setelah bertahun2 dijaga rapi. Jangan sampai menyesal di kemudian hari kerana sedikit salah faham yang berlaku. Orang tua2 pesan walau apa pun yang terjadi jangan sampai bergaduh adik beradik. Air dicencang tak akan putus (jangan ngade2 nak gi cencang..ttp je paip tu..haha). Kita adik beradik dilahirkan oleh seorang ibu yang sama, berkongsi rahim yang sama dan suasana yang sama. Kita dibesarkan dengan cara hidup, disiplin dan praktis yang sama. Dari mula hidup susah kemudian ibu bapa kita menyediakan sedikit kemewahan, atau sebaliknya. Dari kecil kita menghabiskan masa bersama2. Namun, ikatan adik beradik itu amat kuat.

Beralih ke zaman dewasa, apabila masing2 sudah mempunyai kerjaya sendiri dan pilihan hati masing2. Yang besar fokusnya sedikit hilang kepada yang kecil dan yang kecil sudah mampu membuat keputusan sendiri. Lebih2 lagi apabila sudah berumahtangga. Sudah tentulah fokus kepada keluarga masing2. Berpandukan kesefahaman dan keserasian serta sifat kasih pada adik beradik, kita mampu menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga. Selagi pasangannya boleh menjaga ahli keluarga kita dengan baik, hormat orang tua dan bertanggungjawab, ianya cukup buat kita rasa selesa.

Namun hidup ini ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita adik beradik. Tiba satu masa ikatan yang amat kukuh terbina tadi sedikit retak kerana ketidaksefahaman antara satu sama lain. Sekaligus kita lupa yang dahulunya waktu kecil kita bermain bersama, di marah bersama dan segalanya bersama. Lupa dahulunya kita berkongsi cerita suka dan duka. Kita lupa semua kerana ego dan perubahan status atau taraf hidup. oh..ini kisah biasa drama baik di tv ataupun realiti. Sangat memedihkan hati bila melihat kisah2 begini.

Oleh itu, harus banyak bersabar terhadap segala tekanan mahupun dugaan yang datang. Kadang2 perkara kecil boleh menjadi masalah besar apabila masing2 ingin menegakkan pendirian sendiri. Mungkin ini ujian yang ingin diberikan oleh Allah SWT bagi menguji sejauhmana kesabaran hambanya (pesanan daripada AMJ my beloved sweetheart). Cuba perbaiki kesilapan diri agar keadaan sedemikian tidak berterusan.  Saya sayang adik beradik saya. Kata orang jika seorang ditimpa musibah, yang lain akan membantu. We protect each other. Saya berdoa agar ikatan ini kekal dan kuat sehingga habis nafas kami semua. Mereka lah adik beradik yang saya ada. Baik buruk mereka, mereka keluar dari perut yang sama.

Ingatlah, tiada siapa yang akan memahami kita lebih dari darah daging kita sendiri. Tiada siapa akan bersama kita susah selain ahli keluarga sendiri. Allah SWT Maha Mengetahui.

Sekian untuk kali ini...

Monday 1 April 2013

Kasihnya Ayah dan Ibu...

Assalamualaiikum w.b.t.....

Kasihnya ibu membawa ke syurga...kasihnya ayah kekal selamanya...

Ibu,
Ibu adalah orang yang melahirkan kita dan menyusukan kita. Sentiasa mencurahkan kasih sayangnya yang ttidak terhingga kepada anaknya. Sanggup bersengkang mata demi melayan kerenah anak kecilnya yang merengek di waktu tengah malam di saat semua orang melayan mimpi dan merehatkan badan.

Ayah,
Ayah adalah orang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya dan sanggup bekerja keras demi menyara keluarga dan membeli keperluan anak-anaknya. Ayah seorang yang sanggup melayan kerenah anak walaupun penat setelah membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki buat keluarga.

Itulah pengorbanan kedua ibu bapa dalam membesarkan anak-anaknya agar dapat hidup dengan selesa dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna walaupun banyak kekurangan. Setiap pengorbanan yang dilakukan  ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada seorang yang bergelar anak selain dari kasih sayang anak mereka itu sendiri. Setiap ibu bapa inginkan kejayaan dalam kehidupan anaknya. Tiada ibu bapa yang sanggup melihat hidup anaknya merempat dan tidak terurus.

Namun, apabila anak telah meningkat dewasa, segala nasihat ibu bapa jarang didengar dan diambil sebagai pengajaran. Mungkinkah kerana faktor umur yang meningkat dewasa atau sudah merasakan diri mampu berfikir dengan lebih baik?...Ingatlah bahawa nasihat yang diberikan adalah untuk kebaikan diri sendiri. Walaupun kekadang nasihat itu tidak dapat diterima pada saat nasihat itu diluahkan,mungkin faktor emosi yang menguasi diri. Namun, ingatlah bahawa tindakan yang sewajarnya diambil oleh seorang anak adalah mendengar nasihat tersebut, agar tiada penyesalan di kemudian diri.

Apabila seorang ayah menasihat anaknya agar memilih di antara cinta dan pelajaran...ketahuilah sesungguhnya perkara yang diinginkan oleh seorang ayah adalah agar anaknya tidak terganggu dalam pelajaran dan berjaya hingga ke menara gading. Sebagai seorang anak, kita tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk, kerana perkara yang difikirkan pada saat itu adalah keinginan dan kehendak diri yang semakin dewasa. Teringat pesanan seorang ayah kepada anaknya "bakpe nok gi ikut orangnye, die ngan idup die, kite ngan idup kite, kalu die nikoh bakpe kite nok nikoh jgk..sabo dlu...kekgi akan sapa jgk mase kite...lening fokus dlu gape hok kite nok dalang idup"....errmmmm....

Kesimpulannya, sayangilah kedua ibu bapa kita...selagi mereka masih idup sayangilah mereka dan gembirakanlah mereka...sesungguhnya kesedihan kedua ibu bapa tidak akan ditunjukkan di depan anak2 mereka... Love them so much...

p/s: Jangan musnahkan kepercayaan yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa kepada kita.. (pesanan buat diri sendiri juge).