Monday 1 April 2013

Kasihnya Ayah dan Ibu...

Assalamualaiikum w.b.t.....

Kasihnya ibu membawa ke syurga...kasihnya ayah kekal selamanya...

Ibu,
Ibu adalah orang yang melahirkan kita dan menyusukan kita. Sentiasa mencurahkan kasih sayangnya yang ttidak terhingga kepada anaknya. Sanggup bersengkang mata demi melayan kerenah anak kecilnya yang merengek di waktu tengah malam di saat semua orang melayan mimpi dan merehatkan badan.

Ayah,
Ayah adalah orang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya dan sanggup bekerja keras demi menyara keluarga dan membeli keperluan anak-anaknya. Ayah seorang yang sanggup melayan kerenah anak walaupun penat setelah membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki buat keluarga.

Itulah pengorbanan kedua ibu bapa dalam membesarkan anak-anaknya agar dapat hidup dengan selesa dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna walaupun banyak kekurangan. Setiap pengorbanan yang dilakukan  ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada seorang yang bergelar anak selain dari kasih sayang anak mereka itu sendiri. Setiap ibu bapa inginkan kejayaan dalam kehidupan anaknya. Tiada ibu bapa yang sanggup melihat hidup anaknya merempat dan tidak terurus.

Namun, apabila anak telah meningkat dewasa, segala nasihat ibu bapa jarang didengar dan diambil sebagai pengajaran. Mungkinkah kerana faktor umur yang meningkat dewasa atau sudah merasakan diri mampu berfikir dengan lebih baik?...Ingatlah bahawa nasihat yang diberikan adalah untuk kebaikan diri sendiri. Walaupun kekadang nasihat itu tidak dapat diterima pada saat nasihat itu diluahkan,mungkin faktor emosi yang menguasi diri. Namun, ingatlah bahawa tindakan yang sewajarnya diambil oleh seorang anak adalah mendengar nasihat tersebut, agar tiada penyesalan di kemudian diri.

Apabila seorang ayah menasihat anaknya agar memilih di antara cinta dan pelajaran...ketahuilah sesungguhnya perkara yang diinginkan oleh seorang ayah adalah agar anaknya tidak terganggu dalam pelajaran dan berjaya hingga ke menara gading. Sebagai seorang anak, kita tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk, kerana perkara yang difikirkan pada saat itu adalah keinginan dan kehendak diri yang semakin dewasa. Teringat pesanan seorang ayah kepada anaknya "bakpe nok gi ikut orangnye, die ngan idup die, kite ngan idup kite, kalu die nikoh bakpe kite nok nikoh jgk..sabo dlu...kekgi akan sapa jgk mase kite...lening fokus dlu gape hok kite nok dalang idup"....errmmmm....

Kesimpulannya, sayangilah kedua ibu bapa kita...selagi mereka masih idup sayangilah mereka dan gembirakanlah mereka...sesungguhnya kesedihan kedua ibu bapa tidak akan ditunjukkan di depan anak2 mereka... Love them so much...

p/s: Jangan musnahkan kepercayaan yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa kepada kita.. (pesanan buat diri sendiri juge).